Petua Untuk Mencabut Bulu Ketiak

↓ ↓ ↓ ↓ ↓ ↓ Klik Sini ↓ ↓ ↓ ↓ ↓ ↓


a. Mitos yang dipercayai orang ramai ialah mencukur bulu ketiak akan menyebabkannya tumbuh lebih lebat selepas masa berlalu. Tiada bukti setakat ini bahawa amalan mencukur bulu ketiak akan menghasilkan folikel baru bagi bulu untuk tumbuh. Pencukuran bulu ketiak seharusnya dilakukan lebih kerap berbanding pencukuran bulu kaki, kerana bulu ketiak tumbuh lebih pantas berbanding bulu kaki. Kawasan ketiak akan menjadi gelap selepas satu tempoh masa dan disebabkan bulu di bawah kulit dapat menyumbang pada penampilan gelap ketiak, dengan mencabut bulu daripada akarnya mampu mengurangkan kegelapan ini dengan berkesan.
b. Bagaimanapun, membuang bulu ketiak samada dengan mencukurnya atau menggunakan cara lain, meningkatkan jumlah lembapan yang melekap di kulit dan sekiranya ia bergabung dengan litupan asid terganggu yang disebabkan oleh penggunaan sabun (pH asas) mungkin membawa pada peningkatan bau badan. Jadi teori yang menyatakan bahawa bulu ketiak yang dicukur dapat mengurangkan bau badan adalah tidak benar.


Pilihan 1: Sapukan kapur sirih di ketiak yang berbulu dan biarkan sehingga kering. Bulu ketiak akan menjadi mudah untuk dicabut walau dengan menggunakan tangan sahaja dan juga melambatkan proses pertumbuhannya.



Pilihan 2: Tumbuk sedikit serbuk lada sulah dan 3 butir kapur barus. Campurkan dengan sedikit minyak kelapa. Sapukan pada ketiak setiap malam sebelum tidur. Lama-kelamaan bulu ketiak akan gugur dengan sendirinya.

1 comment:

  1. wahhh..tak penah dengar petua2 camni..tapi ape yang pasti..cabut bulu ketiak sangat2 sakit.. :)

    ReplyDelete